[awak]


 awak,
thanks coz wat saya bahgia,
walaupun saya tahu ini hanya seketika,
awak,
saya tau dalam hati awak bukan terukir nama saya,
tapi awak saya bersyukur coz awak still care pasal saya.
thanks awak :).

awak,
sejujurnya saya banyak berkecil hati dgn awak,
awak xpernah tau kan sejauh mana kecil hati saya tu kan wak,
tapi awak,
saya xpernah kisah pon dgn kecil hati saya ni .
awak tau sebab ape ?
*sebab saya terlalu cintakan awak.
*saya terlalu hormat awak.
*saya terlalu sayangkan awak.
mesti awak x tau kan sume ni ?
xpe awak :)

awak,
sejak saya knl awak saya xpernah lagi sayang sape2 dah wak,
bkn sebab saya xboleh syg org lain,
tapi wak sebab saya taknak orang lain ganti tempat awak dalam hati saya wak :) sumpah saya taknak !

awak,
mesti awak kata saya ni xbetul kan coz saya terhegeh2 syg kan awak.
awak,
mesti awak rimas kan tiap kali saya muncul dalam hidup awak kan.
awak,
saya ikhlas sayangkan awk tanpa harap ape2 lagi balasan dari awak sebab saya dah sedar awak cinta dan sayangkan orang lain bukan saya :)

awak,
saya dah dapat trime sume ni walaupun pedih sgt2 ape yg sya tanggung tapi demi awak, saya xkesah bape byk sakit pon yg saya tanggung,
sebab saya sayangkan awak :)

awak,
maafkan salah silap saya sepanjang perkenalan kite,
maaf kan saya andai saya x mampu nak lupekan awak,
awak,
izinkan saya trus menyayangi awak walaupun awak tak lagi milik saya mcm dulu :)
awak,
awak pilih pasangan hidup yg betul2 ye wak,
pilih girl yg baik2,yg ade maruah diri,yg sejuk pada pandangan mata kwn2 awk, family awk dan pandangan TUHAN :)
saya xlayak untuk awak :)

awak,
maaf juga andai kehadiran blog ni wat awk benci n xsuke.
coz saya hanya ade diary ni je wak yg bole wat sy hilangkan rindu kat awk .
at last sy ade something untuk awk supaya saye jadikn memory bile tibe satu saat kita akan terpisah wat slamanye dgn haluan masing2.

[[maaf ye wak]]:)

awak,
awak jnji ye jage diri
jage fmly
jge org yg awk syg
baik2.
awk baik
awk terlalu baik pd sy
awk everything dlm dunia ni
awk perfect.
awk layak dapat kebahgiaan yg lebih sempurna dgn org lain walaupun sy sygkan awk :'(


*seikhlas hati setulus kasih:
*ikin:)

                                       


andainya :)

                                      andainya lelaki tahu (:


Apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu,
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu,
kisah suka duka insan bernama "aku" :)
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. :)

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia  tidak bermaksud menyuruh  pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu,
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.





Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.. :) 

andai ini kesudahan :)

                                                               terima kasih STALKER <3

       tak sampai hati aku nak luah apa yang terpendam .makin hari makin jauh hubungan aku gan diye .terima kasih juge kepada mereka yang hepy tgok hubungan aku gan dye makin renggang. terima kasih sgt2 ye sebab sudi menstalker fb aku :) .Tuhan andai ini pengakhirannya, bawalah dia pergi jauh dari hidupku, hatiku,jiwaku .. padaMU aku bermohon . Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan dugaan lebih dari kemampuan hambanya .tapi aku dah x kuat . aku bermohon Ya Allah .

                                                                   end                                                            <3